Ape yang ada dalam gambar itu? Seekor biawak sedang berenang di dalam tasik. Mungkin sedang menyejukkan badan kerana cuaca yang panas ini.
Lihat sekeliling. Tumbuhan hijau di seluruh kawasan. Flora dan fauna yang mengimbangkan alam ini. Allahuakbar.
Hijau juga merupakan salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa hijau?
Annas bin Malik mengatakan;
"warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau".
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan;
"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih".
MochiShasha
16 Mei 2019

No comments:
Post a Comment