Thursday, May 2, 2019

Insan Terpilih

Pada tanggal 20 dan 21 April, saya dan kumpulan kokurikulum telah mengadakan aktiviti kebajikan di Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah di Rawang. Kami memilih kanak-kanak kerana ingin berkongsi rasa gembira dengan mereka di samping melakukan amalan kebajikan.
Kumpulan kami mengecat pagar di sekeliling rumah anak yatim ini sebagai sumbangan daripada pihak kami. Aktiviti ini sangat memberikan banyak kenangan dan pengajaran kepada saya.

Saya harap saya dapat melakukan aktiviti ini sekali lagi. Ia melahirkan sifat syukur dalam diri saya dan menjadikan kita lebih redha dengan apa yang kita hadapi. 😊

MochiShasha
3 May 2019

No comments:

Post a Comment