Ape yang ada dalam gambar itu? Seekor biawak sedang berenang di dalam tasik. Mungkin sedang menyejukkan badan kerana cuaca yang panas ini.
Lihat sekeliling. Tumbuhan hijau di seluruh kawasan. Flora dan fauna yang mengimbangkan alam ini. Allahuakbar.
Hijau juga merupakan salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa hijau?
Annas bin Malik mengatakan;
"warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau".
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan;
"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih".
MochiShasha
16 Mei 2019
Wednesday, May 15, 2019
Monday, May 13, 2019
Setitik Peluh
Melihat pelbagai orang di luar sana bekerja keras untuk mencari nafkah kepada keluarga. Menyara hidup agar anak-anak hidup dengan selesa.
Bersyukurkah kita?
Tidak kah kita berasa malu terhadap mereka? Ya, kerja mereka bukanlah pekerjaan yang hebat dan gah di mata masyarakat. Tetapi asalkan ia adalah pekerjaan yang halal siapa lah kita yang berhak untuk menghukum. 😊
Janganlah kita mencaci pekerjaan orang lain.
MochiShasha
14 May 2019
Sunday, May 12, 2019
Ummi
Entri blog kali ini didedikasikan kepada orang yang mengandungkan saya selama 9 bulan 10 hari, Puan Roshayati binti Abd.Ghani.
Ummi,
Along nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana telah menjaga along dengan sangat baik.
Ummi,
Along tak mampu nak balas jasa ummi yang sabar melayan kerenah along ini.
Ummi,
Along nak minta maaf kalau along banyak buat salah 😭
I love you ❤
MochiShasha
13 May 2019

Friday, May 10, 2019
Mentari Petang
Satu lagi gambar pemandangan senja di blog ini. Saya akui memang saya sangat suka melihat pemandangan di waktu senja ini. Langit berubah warna, burung-burung terbang berkumpulan untuk pulang ke sarang dan cahaya matahari mengundurkan diri.
Ibu bapa yang bekerja juga kembali ke rumah untuk berehat dan meluangkan masa bersama tersayang. Firman Allah dalam Surah Al-Mu'min ayat 61;
"Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
Gunalah waktu siang itu dengan bersungguh-sungguh untuk mencari nafkah atau melakukan sesuatu. Rehatlah di waktu malam keran itulah sebaik-baik waktu. Wallahualam 😊

Wednesday, May 8, 2019
Nafsu Ramadhan
Ramadhan tiba Ramadhan tiba Ramadhan tiba,
Tiba-tiba Ramadhan,tiba-tiba Ramadhan.
Ehhh macam lain sahaja lirik tu.
Apapun Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. Sudah tiga hari kita menyambut Ramadhan ini.
Marilah kita menyambut Ramadhan ini dengan melakukan pelbagai ibadah. Jangan kita sia-siakan kerana pahala berlipat-ganda diberi oleh Allah s.w.t. Ikatlah nafsu kita lagi-lagi apabila di Bazar.
Perut lapar sampaikan semua makanan dikaut 😂 Astaghfirullah minta dijauhkan daripada kita. Selamat beribadah semua 💘
MochiShasha
8 Mei 2019

Tuesday, May 7, 2019
Bintang Gemerlapan
Kau tahu?
Berjuta bintang-gemintang
Bulan jua dipuji orang
Ayat dipetik daripada 77 Tuju (siri"ingatan kepada kawan liv") karya Zaen Kasturi.
Berjuta bintang di langit malam tapi bulan jugalah yang dipuji orang. Tugas mereka sama menerangi malam yang gelap tapi mengapa selalu bulan yang diberi tumpuan?
Adakah kerana bulan lebih cantik? Bulan lebih terang cahayanya? Bulan lebih jelas dilihat di malam hari?
Tiada siapa tahu.

Monday, May 6, 2019
Senja Jingga
Pemandangan senja dari Bukit Payong,Marang,Terengganu ☀
Sejak kebalakangan ini, langit di waktu senja kelihatan semakin cantik. Warna jingga bercampur biru langit menandakan matahari yang terbenam dan digantikan dengan kehadiran bulan yang menyinari dia waktu malam.
Allahuakbar, satu lagi keindahan alam milik Tuhan ini. Mana nikmat Tuhan manakah yang kamu murkai 😊 Setiap pagi, celik sahaja mata ucaplah Alhamdulillah. Kita diberi nafas lagi untuk hidup di atas muka bumi ini. Maka, janganlah kita sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah.
MochiShasha
7 Mei 2019

Terengganu
Seperti yang semua sedia maklum, Terengganu telah membina satu Jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Ia menjadi kebanggan rakyat Terengganu termasuklah saya sendiri.
Dilahirkan di Terengganu menimbulkan rasa bangga yang teramat. Setiap insan akan timbul rasa bangga akan negeri masing-masing. Kita semua akan bekerja keras untuk menaikkan nama negeri dan menyumbangkan yang terbaik agar ia tidak tercemar.
Saya berharap jambatan ini dijaga dengan baik dan mereka yang bersifat tidak berperikemanusiaan tidak melakukan sebarang vandelisme. Sama-samalah kita menjaga nama baik negeri 💘

Thursday, May 2, 2019
Insan Terpilih
Pada tanggal 20 dan 21 April, saya dan kumpulan kokurikulum telah mengadakan aktiviti kebajikan di Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah di Rawang. Kami memilih kanak-kanak kerana ingin berkongsi rasa gembira dengan mereka di samping melakukan amalan kebajikan.
Kumpulan kami mengecat pagar di sekeliling rumah anak yatim ini sebagai sumbangan daripada pihak kami. Aktiviti ini sangat memberikan banyak kenangan dan pengajaran kepada saya.
Saya harap saya dapat melakukan aktiviti ini sekali lagi. Ia melahirkan sifat syukur dalam diri saya dan menjadikan kita lebih redha dengan apa yang kita hadapi. 😊
MochiShasha
3 May 2019

Wednesday, May 1, 2019
Mengembara Mencari Ilmu
Meninggalakan kampung halaman untuk menuntut ilmu bukanlah satu perkara yang mudah. Jauh daripada keluarga tersayang 💘
Tapi demi keluarga jugalah kita semua menuntut ilmu. Supaya kita mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat membahagiakan mereka. Dengan cara inilah kita dapat membalas jasa mereka yang membesarkan kita tanpa mengeluh walau sekalipun.
Tapi mendapat keputusan yang cemerlang bukanlah hanya satu cara untuk membahagiakan mereka. Cukuplah dengan sentiasa menghormati dan tidak melupakan mereka. Jaga mereka jika sakit dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. 💕
MochiShasha 5 out!!!!!
2 May 2019

Thursday, April 18, 2019
Tidak Mengira Usia
Assalammualaikum semua 😄 Lelaki diatas adalah salah seorang budak lelaki yang sama kos dengan saya. Hahahaha Jadi kenapa tiba-tiba ada gambar dia? Sebab hari Selasa yang lepas adalah hari lahir dia 🎉🎉🎉
Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Amir Aiman bin Amirul 😊
Diharap apabila semakin meningkat usia ini kita makin beringat yang kita sudah semakin dekat dengan kematian. Betul mati tidak mengira usia dan adakah persiapan kita sudah cukup? Yepuk dada tanya iman 🙈
Sebelum berundur diri, saya ingin ingatkan sekali supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapi segala ujian dan cabaran. Wallahualam.
MochiShasha 4 out!!!!
18 April 2019
Sunday, April 14, 2019
April
subhanallah sudah dua minggu kita di bulan april ini. Cepat sungguh masa berlalu dan saya pun sudah memasuki minggu ke 9 semester 2. Banyak tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar sehinggakan saya tiada masa untuk menjenguk blog ini. 😢😢😢
Dalam catatan saya yang lepas saya dah bercakap pasal cuaca panas ini tapi kali ini saya nak ulang lagi sebab cuaca dilihat semakin panas dan kekadang hujan ribut. jaga kesihatan anda dan jaga iman juga *wink wink*
MochiShasha 3 out !!!
14 April 2019

Sunday, March 3, 2019
34 celcius
Hai mochiss sekalian!!!
dah lama tak jenguk blog ni hmmm maklumlah musim panas sekarang kan. Nak buat kerja pun jadi malas. Cuaca panas pun malas cuaca sejuk pun malas. Tu lah manusia nak mudah je kerja 😁
Apepun cuaca pansa ni jangan lupa minum air mineral banyak-banyak biar badan sentiasa terhidrasi tau.Okay tu je untuk minggu ni.
MochiShasha 2 out!!!
3rd March 2019

Wednesday, February 20, 2019
2019?
Dikala saya menaip ini sudah 20 hari berlalu pada bulan Februari bagi tahun 2019. Pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu kan? Bila difikirkan balik apa yang sudah kita lakukan selama 1 bulan 20 hari untuk tahun ini.
Adakah salah satu azam 2019 sudah tercapai? ataupun yang tahun-tahun lepas pun masih lagi tergantung sepi . Harap-harapnya tidak lah begitu ya. 😜
Untuk permulaan ini saya tak nak lah bersembang panjang. Jumpa lagi di masa akan datang.
MochiShasha 1 out!
20th Februari 2019
Subscribe to:
Comments (Atom)