Ape yang ada dalam gambar itu? Seekor biawak sedang berenang di dalam tasik. Mungkin sedang menyejukkan badan kerana cuaca yang panas ini.
Lihat sekeliling. Tumbuhan hijau di seluruh kawasan. Flora dan fauna yang mengimbangkan alam ini. Allahuakbar.
Hijau juga merupakan salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa hijau?
Annas bin Malik mengatakan;
"warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau".
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan;
"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih".
MochiShasha
16 Mei 2019
bienvinedo
Wednesday, May 15, 2019
Monday, May 13, 2019
Setitik Peluh
Melihat pelbagai orang di luar sana bekerja keras untuk mencari nafkah kepada keluarga. Menyara hidup agar anak-anak hidup dengan selesa.
Bersyukurkah kita?
Tidak kah kita berasa malu terhadap mereka? Ya, kerja mereka bukanlah pekerjaan yang hebat dan gah di mata masyarakat. Tetapi asalkan ia adalah pekerjaan yang halal siapa lah kita yang berhak untuk menghukum. 😊
Janganlah kita mencaci pekerjaan orang lain.
MochiShasha
14 May 2019
Sunday, May 12, 2019
Ummi
Entri blog kali ini didedikasikan kepada orang yang mengandungkan saya selama 9 bulan 10 hari, Puan Roshayati binti Abd.Ghani.
Ummi,
Along nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana telah menjaga along dengan sangat baik.
Ummi,
Along tak mampu nak balas jasa ummi yang sabar melayan kerenah along ini.
Ummi,
Along nak minta maaf kalau along banyak buat salah ðŸ˜
I love you ❤
MochiShasha
13 May 2019

Friday, May 10, 2019
Mentari Petang
Satu lagi gambar pemandangan senja di blog ini. Saya akui memang saya sangat suka melihat pemandangan di waktu senja ini. Langit berubah warna, burung-burung terbang berkumpulan untuk pulang ke sarang dan cahaya matahari mengundurkan diri.
Ibu bapa yang bekerja juga kembali ke rumah untuk berehat dan meluangkan masa bersama tersayang. Firman Allah dalam Surah Al-Mu'min ayat 61;
"Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
Gunalah waktu siang itu dengan bersungguh-sungguh untuk mencari nafkah atau melakukan sesuatu. Rehatlah di waktu malam keran itulah sebaik-baik waktu. Wallahualam 😊

Wednesday, May 8, 2019
Nafsu Ramadhan
Ramadhan tiba Ramadhan tiba Ramadhan tiba,
Tiba-tiba Ramadhan,tiba-tiba Ramadhan.
Ehhh macam lain sahaja lirik tu.
Apapun Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. Sudah tiga hari kita menyambut Ramadhan ini.
Marilah kita menyambut Ramadhan ini dengan melakukan pelbagai ibadah. Jangan kita sia-siakan kerana pahala berlipat-ganda diberi oleh Allah s.w.t. Ikatlah nafsu kita lagi-lagi apabila di Bazar.
Perut lapar sampaikan semua makanan dikaut 😂 Astaghfirullah minta dijauhkan daripada kita. Selamat beribadah semua 💘
MochiShasha
8 Mei 2019

Tuesday, May 7, 2019
Bintang Gemerlapan
Kau tahu?
Berjuta bintang-gemintang
Bulan jua dipuji orang
Ayat dipetik daripada 77 Tuju (siri"ingatan kepada kawan liv") karya Zaen Kasturi.
Berjuta bintang di langit malam tapi bulan jugalah yang dipuji orang. Tugas mereka sama menerangi malam yang gelap tapi mengapa selalu bulan yang diberi tumpuan?
Adakah kerana bulan lebih cantik? Bulan lebih terang cahayanya? Bulan lebih jelas dilihat di malam hari?
Tiada siapa tahu.

Monday, May 6, 2019
Senja Jingga
Pemandangan senja dari Bukit Payong,Marang,Terengganu ☀
Sejak kebalakangan ini, langit di waktu senja kelihatan semakin cantik. Warna jingga bercampur biru langit menandakan matahari yang terbenam dan digantikan dengan kehadiran bulan yang menyinari dia waktu malam.
Allahuakbar, satu lagi keindahan alam milik Tuhan ini. Mana nikmat Tuhan manakah yang kamu murkai 😊 Setiap pagi, celik sahaja mata ucaplah Alhamdulillah. Kita diberi nafas lagi untuk hidup di atas muka bumi ini. Maka, janganlah kita sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah.
MochiShasha
7 Mei 2019

Subscribe to:
Comments (Atom)